Thursday, April 24, 2008

Kem Pemantapan Insan dan Kerjaya Diri

Kem Pemantapan Insan dan Kerjaya Diri

Tarikh : 9 hingga 11 Mei 2008
Tempat : Kampus UUM, Sintok
Kumpulan Sasaran : 40 peserta terdiri daripada kes selian, pelajar berisiko sekolah-sekolah
terpilih dalam Daerah Padang Terap

Untuk maklumat lanjut hubungi :
jkkdpdgterap@gmail.com

Surat Terbuka Buat Menteri

Salam Perpaduan
Pertama sekali dalam kesempatan ini mewakili seluruh AJK JKKD Padang Terap merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan YB Datuk sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Juga penghargaan dan terimakasih kami kepada Bekas Menteri KPWKM Datuk Seri Shahrizat Jalil yang telah menjalankan tugas dan memikul amanah sebelum ini. Sesungguhnya kesungguhan, komitmen, semangat juang Datuk Seri amat kami hargai dan sentiasa terpahat dilubuk hati.

YB Datuk
Melihat visi JKM untuk mewujudkan masyarakat sejahtera dan penyayang serta misinya untuk membangun masyarakat ke arah kesejahteraan sosial maka sudah pasti ianya merupakan satu beban besar yang perlu digalas ketika negara menghadapi kegawatan sosial yang begitu meruncing ketika ini. Kejadian pembunuhan bayi dan janin dalam dua kejadian serentak di Georgetown, Pulau Pinang seperti yang dilapurkan media arus perdana semalam benar-benar mengguris hati dan perasaan kami. Itu yang dilaporkan dan saban hari peristiwa tragis dan menghayat hati terus berlaku berulang kali seolah-olah msyarakat hari ini seperti kembali ke zaman Jahiliah dimana bayi-bayi dibunuh tanpa belas simpati.
YB Datuk
Masyarakat sejahtera dan penyayang menuntut pengorbanan semua pihak tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan. Ketepikan soal perkauman, perbahasan isu babi yang semakin merimaskan, kenaikan harga barang seolah-olah tanpa kawalan, dan pelbagai isu politik yang seringkali mengisi slot Buletin Utama dan Media Arus Perdana sedangkan masalah sosial makin hari makin membimbangkan. Mengapa isu-isu remaja dan kanak-kanak ini dipinggirkan sedangkan mereka merupakan golongan sasar dan generasi masa depan yang bakal menentukan halatuju negara suatu ketika nanti. Tidakkah tercalit sedikit rasa gundah melihat kejadian rogol makin parah kerana pergaulan bebas yang sudah membarah. Tidakkah terdetik rasa cemas melihat remaja kini sudah berani merompak, menyamun dan membunuh dalam negara yang keselamatan kian terancam. Tidakkah rasa bersalah melihat muda mudi menghisap dadah tanpa segan silu, syabu dan pil khayal menjadi rutin untuk bergembira yang akhirnya menjerumuskan mereka le lambah tidak berguna.
YB Datuk
Kami menuntut kesungguhan dan komitmen YB Datuk untuk meneruskan agenda perjuangan yang belum selesai dan tidak pernah selesai. Kami mahu YB Datuk turun padang melihat segala permasalahan remaja yang kian meruncing dan memerlukan perhatian. Kami yakin, YB Datuk punya idea dan kesabaran untuk menempuh segala kesulitan dan kegawatan ini. Percayalah, kami akan berusaha untuk membantu selagi termampu. Inilah harapan kami, harapan bersama seluruh warga Malaysia yang inginkan masyarakat yang sejahtera.
Mesra Sepakat Sejahtera
Yang Benar
Muhd Nor Rashidi b Mahamod
S/U JKKD Padang Terap

Tuesday, April 22, 2008

Kadar Jenayah Terus Meningkat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pertama sekali rakaman penghargaan dan terimakasih kepada semua AJK JKKD yang telah bertungkus lumus menjayakan pelbagai program dan aktiviti sepanjang tahun 2008. Sesunguhnya, komitmen yang ditunjukkan memberi satu harapan besar ke arah usaha kita bersama mewujudkan masyarakat yang Mesra, Sepakat dan Sejahtera.
JKKD Padang Terap melihat permasalahan sosial di kalangan kanak-kanak di negara pada hari ini amat membimbangkan. Gejala sosial meningkat dengan begitu mendadak dan kesannya bukan tertumpu di bandar besar sahaja malah menjangkaui di kawasan-kawasan pedalaman.
Sebut sahaja, daripada kesalahan kecil seperti melanggar undang-undang lalu lintas sehinggalah kepada jenayah besar seperti rogol dan bunuh berlaku saban hari.
Persoalannya, dimanakah peranan kita. Apakah sebagai anggota masyarakat kita hanya ingin melihat keruntuhan moral ini terus terusan melanda tanpa memikirkan satu jalan penyelesaiannya. Marilah sama-sama kita berkongsi rasa dan idea untuk membendung gejala ini dari terus menular. Saya mengalu-alukan komen anda dan cadangan bersama untuk menjadikan kanak-kanak dan remaja kita kekal terpelihara akal budinya.
Setiausaha JKKD Padang Terap

Thursday, April 17, 2008

Program `Dekat Di Hati'

Tarikh : 27 hingga 29 April 2008
Tempat :
SMK Padang Terap
SMK Pedu
SMK Naka
SMK Lubuk Merbau
SMK Kuala Nerang
SMK Dato' Syed Ahmad

Aktiviti : Ceramah dan Soal Jawab

Kumpulan Sasaran :
Pelajar-pelajar Terpilih dari Kumpulan Berisiko
(Pemilihan Oleh Kaunselor Sekolah)

Wednesday, April 16, 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Kali ke 2 , 2008

Mesyuarat Jawatankuasa JKKD Padang Terap Kali ke 2 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 April 2008
Hari : Khamis
Masa : 10 00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Kebajikan Masyarakat Pdg Terap

Semua AJK diwajibkan hadir.

Selamat Datang ke Blog JKKD Pdg Terap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pertama sekali dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt kerana dengan limpah hidayahnya maka dapat kita bersatu dan bertemu dalam ruangan blog ini. Sesungguhnya, aliran teknologi maklumat kini berkembang dengan pesat sekali. Arus ini mestilah didepani secara matang dan bijaksana khasnya oleh semua remaja dan kanak-kanak. Menginsafi, kecanggihan teknologi ini wajar ditimba sama agar generasi kita tidak ketinggalan, maka JKKD Padang Terap setapak maju untuk mewujudkan blog sendiri bagi menjadi satu medium untuk ahli-ahli berinteraksi dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini. Adalah diharapkan, ruangan ini akan digunakan sepenuhnya untuk kita berkongsi maklumat dan sama-sama mencambah idea serta pemikiran bagi menjadi bangsa yang cemerlang dan terbilang.

Berkat Berjasa Untuk Semua

Berkat Berjasa Untuk Semua

VISI DAN MISI JKKD

VISI
Memelihara Jiwa Melindungi Pekerti dan Memulih Minda Kanak-Kanak Bagi Mencapai Kesejahteraan Hidup

MISI
1. Menfokuskan pencapaian matlamat Dasar Sosial Negara.
2. Memupuk Budaya Sepakat bagi menangani gejala sosial.
3. Menggerak aktiviti kemasyarakatan secara menyeluruh dan bersepadu.
4. Menjana daya intelektual membangunkan jiwa kanak-kanak agar lebih matang, berkeyakinan dan berdaya maju.
5. Menjalin semangat toleransi sesama ahli komuniti

MOTTO
Mesra Sepakat Sejahtera

Menjana Perubahan Menjadi Remaja Bermaruah

Menjana Perubahan Menjadi Remaja Bermaruah
Album Kenangan : Kursus Pemantapan Jiwa Insan di UUM