Saturday, June 20, 2009

PERKASA 2009

Pesta Sukan Remaja dan Karnival Usahawan Belia
PERKASA 2009

PENGENALAN

Generasi belia da kanak-kanak merupakan kumpulan terpenting yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan dan masyarakat seluruhnya. Isu membabitkan golongan ini sentiasa menghiasi dada-dada akhbar serta kerap diperbincangkan daripada seminar-seminar besar di hotel bertaraf lima bintang higgalah ke warung-warung dan kedai kopi.

Isu remaja berpeleseran sehingga menimbulkan pelbagai gejala sosial sering diperkatakan kebelakangan ini. Kurangnya aktiviti sihat dan kegiatan riadah yang sesuai dengan jiwa remaja menjadi antara sebab utama menjurus kepada permasalahan tersebut. Jesteru, menyedari betapa kegiatan sukan dan riadah merupakan elemen paling penting dalam membentuk jati diri , memperkukuh perpaduan dan membina semangat juang di kalangan generasi muda hari ini maka Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak (JKKD) Padang Terap bersama Jabatan Belia dan Sukan Negei Kedah berkongsi rasa dan idea untuk turut sama terpanggil menyumbang tenaga bagi menjayakan Pesta Sukan Remaja dan Karnival Usahawan Belia 2009 (Perkasa 09’) yang melibatkan pertandingan sukan rakyat, futsal,sepak takraw (2vs2), bola jaring, di samping beberapa aktiviti riadah seperti xpdc berakit,kayuh basikal, serta pelbagai pameran dan aktiviti jualan dalam bentuk karnival.

Melalui konsep `PERKASA’ adalah diharapkan generasi muda khasnya belia dan kanak-kanak dapat meningkatkan perpaduan dan jati diri untuk sama menyumbang dalam usaha membanteras dan mengurangkan peningkatan gejala sosial dalam kalangan mereka. Ini sekaligus menepati hasrat dan kehendak kerajaan dalam menjayakan solgan keramat `Satu Malaysia, rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan.’

No comments:

Berkat Berjasa Untuk Semua

Berkat Berjasa Untuk Semua

VISI DAN MISI JKKD

VISI
Memelihara Jiwa Melindungi Pekerti dan Memulih Minda Kanak-Kanak Bagi Mencapai Kesejahteraan Hidup

MISI
1. Menfokuskan pencapaian matlamat Dasar Sosial Negara.
2. Memupuk Budaya Sepakat bagi menangani gejala sosial.
3. Menggerak aktiviti kemasyarakatan secara menyeluruh dan bersepadu.
4. Menjana daya intelektual membangunkan jiwa kanak-kanak agar lebih matang, berkeyakinan dan berdaya maju.
5. Menjalin semangat toleransi sesama ahli komuniti

MOTTO
Mesra Sepakat Sejahtera

Menjana Perubahan Menjadi Remaja Bermaruah

Menjana Perubahan Menjadi Remaja Bermaruah
Album Kenangan : Kursus Pemantapan Jiwa Insan di UUM